fb fb fb fb fb

Tok Mat ke Vietnam bincang isu perairan, keselamatan makanan

Datuk Seri Mohamad pada Majlis Perasmian Jualan Agro Madani dan Hari Bertemu Pelanggan PPK Rembau di Dewan Agora Rembau, Rembau hari ini.

REMBAU, 28 November- Malaysia dan Vietnam bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala  dan berbincang mengenai isu perairan dan jaminan keselamatan makanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu tersebut merupakan intipati utama dalam rangka lawatan rasmi beliau ke Vietnam bermula Ahad ini. 

Ujarnya, satu memorandum keselamatan (MoU) berkaitan keselamatan pertahanan akan dimeterai menerusi pertemuan lanjut bersama rakan sejawatnya.

“Pada petangnya saya akan berjumpa Perdana Menteri Vietnam berbincang dagangan dua hala, jaminan makanan kerana kita membeli banyak bekalan beras dari negara Vietnam.

“Sebelum ini negara India buat keputusan tak jual beras ke negara luar, kelam kabut kita beli beras import dengan harga melambung tinggi. Ini yang nak kita bincangkan nanti ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Juala Agro Madani dan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau di Dewan Agora Rembau, di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, perkara lain yang dibincangkan juga membabitkan keselamatan sempadan nelayan dan pencerobohan penangkapan ikan di Laut China Selatan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI