SENDAYAN, 29 Julai - Kerusi Dewan Negeri N.27 Rantau menyaksikan pertemuan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
BN menamakan penyandangnya yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan manakala PN menamakan Rozmal Malaka sebagai calon bagi merebut kerusi itu.

Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif selepas proses penamaan calon di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Yuk Hua Kuala Klawang)
Sementara itu, Dewan Negeri N.01 Chennah menyaksikan penyandang kerusi berkenaan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook akan bertemu lawannya dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Rosmadi Arif bagi merebut kerusi itu.
Dalam pada itu, kerusi Dewan Negeri N.13 Sikamat menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan ditentang calon PN Ahmad Raihan Muhamad Hilal manaka dua calon Bebas, Bujang Abu dan Hafiz Baharudin.