fb fb fb fb fb

TNB kerah 154 petugas pastikan bekalan elektrik stabil sepanjang LIMA 2025

Foto TNB

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Seramai 154 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditugaskan untuk bersiap siaga di lapangan dan bilik gerakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 yang akan berlangsung mulai esok hingga 24 Mei ini.

1905 TNB LIMA 1
Foto TNB

Sejak akhir tahun 2024, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan seperti semakan dan penyenggaraan sistem 11kiloVolt (kV) dan 33kV di lokasi-lokasi utama LIMA 2025 seperti Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi International Convention Centre (LICC) dan Resort World Langkawi.

1905 TNB LIMA 5Foto TNB

Bilik Gerakan TNB pula telah diaktifkan dari 18 hingga 25 Mei 2025, selain turut menempatkan aset-aset seperti jana kuasa bergerak di lokasi strategik.

1905 TNB LIMA 2
Foto TNB

TNB turut berkerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk Langkawi Development Authority (LADA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Langkawi, Polis Marin, serta agensi-agensi lain bagi memastikan penyelarasan persiapan yang menyeluruh.

1905 TNB LIMA 4
Foto TNB

TNB komited dalam memastikan bekalan elektrik selamat dan lancar sepanjang LIMA 2025 menerusi permintaan tenaga dijangka mencapai 85 megawatt (MW).

LIMA 2025 menyaksikan penyertaan ratusan delegasi antarabangsa dan pemain industri meliputi pelbagai bidang antaranya pertahanan, aeroangkasa dan komunikasi digital.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD