fb fb fb fb fb

TMP 2024 :Perak sasar kemasukan 8 juta pelancong domestik, 350,000 pelancong antarabangsa

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (Tengah) menyasarkan kemasukan kira-kira 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat perak 2024/ Foto RTM

IPOH, 3 Oktober-Kerajaan Perak yakin sasaran 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa mampu dicapai sepanjang Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, unjuran pendapatan pelancongan sebanyak RM10 bilion juga dilihat berupaya memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi negeri.

Jelasnya, negeri Perak berjaya merekodkan kehadiran kira-kira 17.1 juta pelawat domestik setakat tahun lalu, sekali gus meletakkan negeri berkenaan berada dalam kelompok empat negeri teratas yang banyak dilawati iaitu peningkatan lebih 17 peratus berbanding 14.6 juta pelawat pada tahun sebelumnya.

"Lokasi seperti Pulau Pangkor yang memikat hati dengan keindahan pantainya, Lost World Of Tambun dengan tarikan taman tema dan airnya yang bertaraf dunia, destinasi penginapan eksotik seperti Gopeng Glamping Park, Kuak Hill dan Denai Kabus juga adalah antara penyumbang kepada pencapaian ini", katanya ketika berucap pada majlis Perak Tourism Award 2024 di sini.

Tambah beliau, negeri itu turut menarik kemasukan kira-kira 7.5 juta pelancong antarabangsa setakat tahun lalu, berbanding 6.87 juta pelancong antarabangsa pada tahun sebelumnya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD