fb fb fb fb fb

TMM2026: Ekonomi bernilai tinggi jadi keutamaan Malaysia - PM

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Mac- Malaysia menumpukan kepada pembangunan ekonomi bernilai tinggi yang mampan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim langkah itu bertujuan memacu inovasi, menarik pelaburan, dan mengukuhkan kedudukan negara di peringkat global.

"Lebih penting, ia juga tentang memberikan setiap rakyat Malaysia sebuah syarikat penerbangan kebangsaan yang boleh dibanggakan, sejajar dengan nilai Malaysia MADANI yang menekankan kemajuan, keadilan dan keharmonian sosial serta mendukung kelestarian dan keterangkuman," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis pemerolehan 30 pesawat baharu oleh Malaysia Aviation Group (MAG) daripada The Boeing Company.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA