fb fb fb fb fb

TMM2024: PBT perlu memperindah, ceria lapan pintu masuk Melaka

PAYA RUMPUT, 20 Disember- Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka diberi peranan penting untuk mengindah serta menceriakan lapan pintu masuk utama ke negeri itu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata transformasi pengindahan itu termasuk di Plaza Tol Ayer Keroh, Simpang Ampat dan Merlimau.

Selain itu, keceriaan kawasan yang mempunyai nilai pelancongan seperti di kawasan ekopelancongan Kuala Linggi atau di kawasan Laman Tiga Budaya, Asahan juga akan ditambah baik.

"Mereka datang dari negeri-negeri yang berhampiran seperti Johor dan Negeri Sembilan. Jadi semua pintu-pintu masuk ini termasuk di Sungai Melaka tadi itu kita akan pastikan semuanya berada dalam keadaan yang pertama sekali bersedia untuk menarik kedatangan pelancong," katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat TM Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Paya Rumput di Kompleks JAPERUN Paya Rumput di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM