fb fb fb fb fb

TMM2024: Melaka tubuh Paramedik Komuniti Melaka di lokasi pelancongan terpilih

FOTO RTM

DATARAN PENGKALAN RAMA, 30 Disember -Kerajaan Negeri Melaka mengambil inisiatif menubuhkan Paramedik Komuniti Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024).
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata, pasukan paramedik berkenaan akan ditempatkan di lokasi pelancongan terpilih.
 
"Malam ini kita melancarkan 20 orang yang lengkap dengan kelengkapan paramedik bagi membantu sekiranya ada pelancong-pelancong yang memerlukan perkhidmatan kecemasan.

"Melaka telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada para pelancong dan pengunjung.

"Jangan risau kita juga telah melengkapkan polis pelancong dengan pelbagai kenderaan-kenderaan jimat tenaga yang kita akan perkenalkan selepas Tahun Melawat Melaka (TMM2024)", kata Rauf demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Vest & Buku Pasport Sukarelawan Tahun Melawat melaka 2024 dan Inisiatif Paramedik Komuniti 2024 di sini.
 
Pada majlis berkenaan seramai 500 orang sukarelawan dilantik sebagai duta mewakili kerajaan negeri sempena TMM2024.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD