AYER KEROH, 30 November - Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan bermula lebih awal lima hari sebelum 1 Januari 2024.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia akan dimulakan dengan Karnival Islamik pada 25 Disember di Stadium Hang Jebat, Krubong.
"Antara pengisian program Karnival Islamik tersebut termasuklah majlis ijab kabul secara beramai-ramai, jualan pelbagai barangan termasuk makanan halal berkonsepkan bazar dan program Melaka Berselawat.
"Kita akan bersiaran langsung daerah Naning di China, daerah Guang Xi, saya dijemput untuk bersama-sama dengan gabenornya; Melaka akan menjadi bandar raya berkembar kepada wilayah berkenaan jadi itu salah satu kelebihan yang kita gambarkan pada malam tersebut di samping persembahan persembahan hebat seni budaya Melaka" kata Ab Rauf kepada pemberita pada Persidangan Ketiga (BAJET) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri, di sini.
Mengulas mengenai sambutan Tahun Baharu 2024 pula, Ab Rauf berkata konsert yang akan dibarisi penyanyi anak kelahiran tempatan serta beberapa selebriti lain akan diadakan di Sungai Melaka Fasa 2 tersebut.