fb fb fb fb fb

TMM 2024: Pengunjung boleh naik Eco Cruise Sungai Linggi secara percuma

Perkhidmatan percuma itu ditawarkan pada setiap hujung minggu pada Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan ini/FOTO RTM Melaka

ALOR GAJAH, 21 Disember - Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) orang ramai berpeluang menyelusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan dengan menaiki 'Eco Cruise Sungai Linggi' secara percuma.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perkhidmatan percuma itu ditawarkan pada setiap hujung minggu pada Jumaat hingga Ahad sepanjang bulan ini sebelum kapal itu beroperasi secara rasmi bermula 5 Januari tahun depan.

"Jadi saya yakin sempena dengan Tahun Melawat Melaka ini adalah salah satu produk pelancongan di utara Melaka iaitu produk Eco Cruise Sg Linggi yang akan menarik lebih ramai pengunjung untuk beriadah bersama keluarga.

"Eco Cruise berkenaan akan menyusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Eco Cruise Sungai Linggi di sini hari ini.

Katanya, Eco Cruise Sungai Linggi menawarkan tiga persinggahan di sepanjang laluan sungai iaitu Sabak Arang, Taman Lokan dan Kota Simpang.

Pengunjung boleh menikmati keunikan sepanjang kawasan ekopelancongan itu yang menjadi habitat kepada kelip-kelip dan dianggarkan 1,400 ekor buaya.

Ab Rauf berkata selain itu, pengunjung juga boleh berkhemah atau 'camper park' pagi pemilik karavan meletakkan kenderaan mereka.

Perkhidmatan itu ditawarkan oleh Jeti Paya Lebar yang merupakan 'camper par' pertama di Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN