PADANG TEMU, 1 September- Berbaki empat bulan pelaksanaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), Melaka pergiat lagi program pelancongan di negeri itu.
Ia bagi mencapai sasaran 15 hingga 18 juta pelancong tahun ini.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, beberapa program besar seperti Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2024, ASEAN Cup International Regatta 2024 dan sebagainya akan berjalan dalam bulan depan.
Tambah beliau, kekerapan program besar juga akan bermula November dan Disember depan sempena cuti persekolahan.
"Saya cukup yakin dalam masa yang sama ada program-program yang kita akan kita maklumkan kemudian.
"Ada program yang paling menarik, sempena Tahun Melawat Melaka dan sudah semestinya,penghujung tahun kelaj penuh dengan program yang tidak pernah dibuat dalam negeri Melaka,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Kayuhan Merdeka Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu.
Sementara itu, Datuk Abdul Razak berkata, Program Melaka Bila Larut Malam mendapat sambutan luar jangkaan daripada pengunjung.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Program Kayuhan Merdeka Madani akan dijadikan acara tahunan di negeri itu.