fb fb fb fb fb

Tingkat kecekapan, saya tidak suka dengan sistem yang banyak 'red tape'- Agong

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu jentera kerajaan segera meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya.

"Saya tidak suka dengan sistem yang banyak 'red tape'. Oleh itu, kecekapan proses kerja dan tadbir urus mestilah sentiasa dinilai dan ditingkatkan.

"Saya sangat berharap semua agensi penguatkuasaan dapat menjalankan siasatan dengan lebih cekap dan cepat supaya sesuatu kes itu dapat diselesaikan dengan segera", titah Baginda.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut menyambut baik kedudukan Malaysia di tangga ke-29 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2023 dalam aspek kecekapan Kerajaan.

"Saya mengalu-alukan usaha berterusan itu bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan perkhidmatan agensi kerajaan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen. Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

ROSLINA BINTI DIN