fb fb fb fb fb

Tindakan tegas terhadap kilang haram, sindiket penyeludupan e-waste

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar , Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar

PUTRAJAYA, 2 Oktober - Jabatan Alam Sekitar (JAS) komited membanteras operasi kilang haram dan memerangi sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) terutamanya di seluruh pelabuhan negara.

Mengenai isu lambakan e-waste, Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata pihaknya mengesan kesemua bahan kitar semula itu dibawa masuk ke negara ini melalui pelabuhan negara dengan membuat pengisytiharan palsu sebagai bahan logam sebelum dihantar ke kilang haram untuk diproses.

Tegasnya, JAS memandang serius mengenai isu yang mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar dan tindakan tegas akan diambil.

"Dan kita sedang mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk yang masuk secara haram. Kedua dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk kerajaan negeri dan polis bagi memeriksa kilang-kilang haram. Memang kami terpaksa mohon kerjasama agensi-agensi yang terlibat untuk banteraskan kemasukan mereka di pelabuhan yang kemudian pergi ke kilang haram," kata Abdul Latiff.

Beliau berkata demikian dalam sesi interaktif Jabatan Alam Sekitar bersama-sama pengamal media, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata berkenaan kengkangan pegawai penguatkuasaan keperluan penambahan 3,000 perjawatan keanggotaan JAS menerima respon positif daripada kementerian namun pihaknya masih belum menerima keputusan tersebut.

Keanggotaan JAS amat perlu disemak semula kerana dengan kekuatan pegawai penguat kuasa sedia ada yang hanya berjumlah 1,122 anggota.

TETITIA YUSOFF