fb fb fb fb fb

Tindakan tegas kepada pengusaha bahan tinja ayam-Exco Pahang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk  Amizar Abu Adam/Foto Facebook amizarabuadam73

BENTONG, 20 Mei - Kerajaan Pahang akan mengambil tindakan tegas kepada  premis yang menjalankan aktiviti memproses bahan tinja ayam di Karak Jaya, Bentong; sehingga mendatangkan gangguan lalat di kawasan Taman Perumahan Makmur Lakeview Karak Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk  Amizar Abu Adam berkata, Kerajaan Negeri mengambil berat mengenai keselesaan rakyat di Pahang dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan yang dilihat mengganggu ketenteraman. 

Jelas beliau, tindakan tegas boleh dikenakan kepada pengusaha tersebut mengikut klausa dan akta yang terdapat di bawah  Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT), termasuk tindakan merobohkan premis berkenaan sekiranya perlu.

"Saya memohon kepada Pihak PBT untuk memantau secara rapat dan juga kita mohon juga kalau ada aduan kali ketiga, kita tidak akan bertolak-ansur lagi", katanya pada sidang media berkenaan isu gangguan lalat di kawasan Taman Perumahan Makmur Lakeview Karak Jaya disini yang turut dihadiri ADUN Sabai,V. Arumugam.

Menurutnya, sebelum ini pihak kesihatan dan pemilik premis membuat semburan bagi menghalau lalat di kawasan berkenaan secara berkala.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD