fb fb fb fb fb

Tindakan Meta biadap, Anwar beri peringatan tegas agar tidak jadi perkakas Zionis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadap pihak Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran video, ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Anwar berkata adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

“Peringatan tegas saya terhadap Meta - usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri turut mengecam tindakan Meta menurunkan hantaran gambar di Instagram yang memaparkan pertemuan Datuk Seri Anwar dengan pemimpin Hamas di Doha, Qatar, bulan lalu.

Tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin di negara itu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN