fb fb fb fb fb

Timor Leste nyata hasrat jadi ahli penuh ASEAN menjelang 2025

Francisco Kalbuadi Lay (kiri)

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Timor Leste menyatakan hasrat untuk menjadi ahli penuh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) apabila Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN pada 2025.

Negara itu memohon untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 2016 dan kesimpulan rundingan penyertaan WTO dijangka pada Februari 2024.

Justeru Timbalan Perdana Menterinya, Francisco Kalbuadi Lay berkata, keahlian penuh tersebut bakal diraikan di Malaysia.

"Kami juga sangat gembira kerana semua orang tahu bahawa Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN 2025.

"Oleh itu, harap sepenuhnya Timor Leste akan menjadi ahli penuh ASEAN dan kami akan raikan keahlian penuh ini di Malaysia, di Kuala Lumpur," kata katanya selepas sesi Dialog Bersama Komuniti Perniagaan di sini

Pada majlis sama, Kumpulan Timor Lorosae menandatangani memorendum persefahaman (MoU) bersama Hanimed Sdn Bhd bagi membangunkan hospital tertiary di Timor Leste.

Hospital yang akan mula dibangunkan pada pertengahan tahun depan itu melibatkan kos sebanyak AS$50 juta.

SITI AISHAH BINTI MD ISA