fb fb fb fb fb

Pencemaran bau: Tiga sekolah masih laksana PdPR

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 11 September-Tiga buah sekolah di Johor Bahru, Johor kekal melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hari ini susulan kes pencemaran bau kimia di daerah itu.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, PdPR melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

"SK Maju Jaya menempatkan seramai 974 murid dan 64 guru, manakala Sekolah Rendah Islam Hidayah menempatkan 1,232 murid dan 92 guru.

"Sekolah Menengah Islam Hidayah pula menempatkan 807 murid dan 75 guru," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM