fb fb fb fb fb

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Taman Badlishah

FOTO BOMBA KEDAH

SUNGAI PETANI, 30 April- Tiga buah rumah  di Jalan Badlishah, Taman Badlishah, Sg Petani, Kedah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira kira pukul 7.33 minit malam tadi.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Sg Petani,Timbalan Penguasa Bomba 1, Ismail Mohd Zain berkata 16 anggota bomba bergegas kelokasi bagi membantu pemadaman.
 
Bantuan turut dibantu anggota BBP Amanjaya dan Pasukan Bomba Sukarela PBS  berdekatan.
 
Sebaik tiba mendapati rumah dua tingkat berkeluasan 60x40 kaki persegi marak terbakar.
 
Tindakan pantas bomba berjaya memadamkan kebakaran dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE