IPOH, 14 November -Tiga individu rentung selepas kereta dinaiki melanggar sebuah lori sampah sebelum terbakar di Kawasan Perindustrian Bercham, malam tadi.
Setakat ini, Identiti mangsa masih belum dapat dikenalpasti.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 8.05 malam.
Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat BPP Ipoh dibantu BBP Tambun dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bercham kemudian bergegas ke lokasi.
Setibanya di tempat kejadian mendapati sebuah kereta telah terbakar 95 peratus selepas merempuh bahagian hadapan lori sampah yang turut terbakar 50 peratus.
Ketiga-tiga mangsa ditemukan rentung dalam kereta.