fb fb fb fb fb

Tiga penyampai, dua kakitangan stesen radio swasta digantung tugas

Tangkap layar video stesen radio swasta

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Tiga penyampai stesen radio swasta dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan telah digantung tugas, susulan kenyataan penyampai terbabit menerusi satu hantaran video di platform media sosial stesen berkenaan yang didakwa mempersenda perayaan Thaipusam.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusan tertinggi stesen radio berkenaan mengadakan pertemuan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini berhubung perkara itu.

Selain itu berhubung perkara berbangkit, pihaknya akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci.

Pada masa sama pihak radio berkenaan menghargai maklum balas, teguran dan nasihat daripada pelbagai pihak dan sentiasa memastikan kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan dan keperluan ditetapkan.

Menerusi kenyataan sebelum ini tiga penyampai berkenaan direhatkan berhubung dakwaan mempersenda perayaan Thaipusam.

ARTIKEL BERKAITAN
Persenda upacara agama, MCMC diarah siasat stesen radio swasta
Persenda Thaipusam: Amalan keagamaan tidak wajar jadi bahan ejekan - JAKIM

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI