fb fb fb fb fb

Tiga penambahbaikan SelCo dilaksana, sokong peralihan tenaga

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Februari – Kerajaan melaksanakan tiga penambahbaikan Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (SelCo) dalam usaha meningkatkan daya saing perniagaan serta menyokong peralihan tenaga negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata inisiatif itu diperkenalkan selepas kajian menyeluruh dilakukan dengan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada pemain industri.

“Antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah pengecualian syarat pemasangan sistem penstoran tenaga sehingga hujung tahun ini, pengecualian caj tunggu sedia bagi kapasiti pepasangan di bawah 1MWp, serta pengurangan caj tunggu sedia bagi kapasiti melebihi 1MWp daripada RM14/kWp kepada RM12/kWp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Tenaga Kebangsaan, di sini.

Tambah Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), langkah tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada industri serta memastikan kestabilan grid elektrik negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN