fb fb fb fb fb

Tiga kematian akibat banjir di Kelantan

FOTO HIASAN

KOTA BHARU, 26 Disember - Polis Kelantan mengesahkan tiga kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 November hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dalam satu kenyataan berkata kes kematian membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas.

Empat lagi kes kematian merupakan mangsa mati lemas dan mati mengejut, bukannya akibat banjir.

"Orang ramai dinasihatkan agar cakna mengenai keselamatan anak-anak bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan serta sentiasa berwaspada dan patuh pada arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Golongan remaja bermotosikal diingatkan untuk tidak pergi ke tempat banjir dan berpesta kerana perbuatan tersebut akan mengundang risiko kemalangan selain mengganggu kelancaran kenderaan petugas sekali gus akan merencatkan kerja menyelamat serta perpindahan mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF