fb fb fb fb fb

Tiga kadar zakat fitrah di Melaka ; RM7, RM14 dan RM21


MELAKA, 28 Mac
- Kerajaan negeri Melaka mengumumkan tiga kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri tersebut iaitu RM7, RM14 dan RM21 seorang pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, menerusi penetapan tersebut, kerajaan negeri menjangkakan peningkatan 2.07 peratus atau RM5.15 juta bagi kutipan zakat fitrah tahun ini, berbanding RM5.04 juta pada tahun 2021.

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali)

"Mengenai penetapan kadar zakat fitrah di negeri Melaka bagi tahun 1443H bersamaan dengan 2022 masihi dengan 3 kadar yang ditetapkan iaitu RM7, RM14 dan RM21", katanya.

Tahun lalu, kerajaan negeri Melaka menetapkan 2 kadar bayaran zakat sahaja iaitu RM7 dan RM14 seorang.

Beliau turut menjangkakan pembayar zakat akan turut meningkat sebanyak 0.07 peratus atau 662,144 orang yang layak membayar di seluruh negeri Melaka.

Bagi memudahkan pembayaran dibuat, Zakat Melaka turut menyediakan enam saluran iaitu melalui laman web rasmi www.izakat.com, imbasan QRPay DuitNow dan Perbankan Internet Maybank.

Media Baharu