fb fb fb fb fb

Tiga daerah di Kedah catat suhu sehingga 37 darjah celsius

Foto Hiasan

ALOR SETAR, 5 Februari- Tiga daerah di Kedah iaitu Baling, Pendang dan Pokok Sena mencatatkan suhu harian 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurang tiga hari berturut-turut.

Lantaran itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu tahap berjaga-jaga di tiga daerah itu.

Pengarah MetMalaysia negeri, Mohd Khalil Abd Aziz berkata keadaan cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fasa akhir Monsun Timur Laut  dan keadaan itu dijangka berakhir pada penghujung Mac atau awal April depan.

Menurutnya,  fenomena tersebut menyebabkan kekurangan hujan, keadaan kering dan berlakunya gelombang haba khususnya di kawasan utara Semenanjung.

"Daripada pemantauan kami didapati lapan stesen meteorologi yang berada di dearah Kota Setarm Sik, Pendang, Langkawi, Yan, Padang Terap, Kubang Pasu telah merekodkan bilangan hari tanpa hujan melebihi tujuh hari berturut-turut. Stesen meteorologi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi merekodkan bilangan hari tanpa hujan paling lama sebanyak 19 hari," katanya.

Orang awam juga dinasihatkan, agar tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas, mematuhi arahan dari semasa ke semasa, minum air secukupnya dan tidak melakukan pembakaran secara terbuka serta menggunakan air secara berhemah.

ZEHRA BINTI ZAMBRI