fb fb fb fb fb

Tiga ADUN angkat sumpah sebagai Pembantu Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 26 Januari- Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini.

ADUN yang dilantik adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan, ADUN Likas Tan Lee Fatt daripada DAP dan ADUN Inanam Peto Gadim daripada PKR.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ismail Brahim.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ketika menyampaikan watikah
pelantikan sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri kepada Datuk Roslan
Muharam di Istana Seri Kinabalu hari ini / FOTO BERNAMA

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

Media Baharu