fb fb fb fb fb

Tidak sukar urus banjir di Johor, rakyat sedia dan patuh


JOHOR BHARU, 11 Januari- Dua ribu 15 operasi banjir dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor sejak bencana tersebut melanda negeri itu, 3 Januari lalu.

Operasi melibatkan seribu 400 anggota bomba, 65 buah bot pelbagai jenis dan 10 buah lori digunakan untuk operasi pemindahan penduduk terjejas banjir.

Timbalan Pengarah JBPM negeri, Pauzan Ahmad berkata, 600 anggota JBPM ditugaskan setiap hari bagi melancarkan operasi banjir.

"Rakyat Johor telah bersiap sedia dan patuh kepada segala arahan pihak berkuasa untuk berpindah apabila dikehendaki,"

"Untuk makluman, 218 penduduk telah diselamatkan dan mereka terdiri daripada kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, mereka dipindahkan ke kawasan pemindahan yang disediakan," jelasnya selepas menjadi tetamu Rancangan Chak di Konti Johorfm.

Mengenai bantuan pembersihan pasca banjir, JBPM katanya akan mengerakkan Skuad Kebajikan Bomba dalam operasi bersepadu dijalankan bagi membersihkan tempat-tempat awam seperti sekolah, dewan, balai raya, surau dan masjid di kawasan terlibat.

Media Baharu