fb fb fb fb fb

Tiada tolak ansur soal rasuah- Anwar

Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Arahan Perdana Menteri Nombor 1 Tahun 2023 di Sepang/FOTO RTM

SEPANG, 8 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali bertolak ansur mengenai budaya rasuah sama ada melibatkan penyokong kerajaan atau pembangkang.

Ketika berucap melancarkan Arahan Perdana Menteri Nombor 1 Tahun 2023 di Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024, Anwar bertekad memerangi rasuah dan ingin memastikan kegiatan itu tidak berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Madani.

"Percayalah, saya tidak akan bertolak ansur sama sekali soal rasuah.

"Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tahu benar pendirian, sama ada parti sokong saya atau tidak, itu soal lain. Ia tidak pengaruhi keputusan saya,” katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD