fb fb fb fb fb

Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi di Kepulauan Kyushu

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Miyazaki di Kepulauan Kyushu, Jepun pada Khamis yang mencetuskan amaran tsunami / Foto Reuters

PUTRAJAYA, 9 Ogos - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Miyazaki di Kepulauan Kyushu, Jepun pada Khamis yang mencetuskan amaran tsunami.

Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi perkembangan tersebut.

"Walaupun tiada kematian dilaporkan, pihak berkuasa masih membuat penilaian kemungkinan berlakunya kecederaan dan kerosakan serius.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut Wisma Putra menerusi kenyataan.

Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas untuk menjauhi kawasan pantai, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan terjejas, dinasihatkan untuk mendaftar keberadaan  mereka di https://ekonsular.kln.gov.my/," menurut Wisma Putra.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di alamat, 20-16, Nanpeidai-cho Shibuya-ku 150-0036 Tokyo atau di talian +81-3-3476-3840,+81-80-4322-3366 (emergency) dan juga Emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN