Tiada rakyat Malaysia terjejas susulan situasi keselamatan di Mexico

Foto AFP

PUTRAJAYA, 24 Februari – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas susulan situasi keselamatan yang tidak menentu di Mexico.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedutaan Malaysia di Mexico City memantau perkembangan keselamatan secara rapi.
  • Kementerian Luar mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warga Malaysia di Mexico.
  • Rakyat Malaysia dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
  • Keselamatan dan kesejahteraan rakyat di luar negara kekal sebagai keutamaan.

Menurut kenyataan Kementerian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City kini memantau rapi perkembangan semasa di negara berkenaan.

Dalam masa sama, satu nasihat perjalanan telah dikeluarkan bagi menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Mexico supaya sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan operasi keselamatan sedang dijalankan.

Foto AFP

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian menegaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.

Pemantauan akan diteruskan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.