PUTRAJAYA, 31 Oktober- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol, susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Oktober lalu.
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar di Madrid kini memantau situasi banjir tersebut dengan rapi dan menggesa rakyat Malaysia di Sepanyol agar terus berwaspada serta mematuhi panduan daripada pihak berkuasa tempatan.
Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap kerajaan serta rakyat Sepanyol, khususnya kepada mangsa yang terkesan akibat banjir.
"Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar," menurut Kementerian Luar menerusi kenyataan.
Sementara itu, rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Mereka yang belum mendaftar atau mengemas kini keberadaan dan maklumat diri adalah digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan di Ave. de los Madroños 63B, 28043 Madrid, melalui telefon di +34659894943 (talian 24 jam), atau melalui e-mel di