fb fb fb fb fb

Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi di Duzce, Turkiye - Wisma Putra

(FOTO TWITTER)

PUTRAJAYA, 24 November- Tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter  di wilayah Duzce, barat daya Turkiye, semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul akan terus memantau situasi tersebut serta akan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.

“Warganegara Malaysia di Turkiye khususnya di Duzce dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai bencana ini serta mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa tempatan.

“Selain itu, warganegara Malaysia yang berada di Turkiye juga dimohon agar mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi ditalian +(90) 312 4463547/48 (Pertanyaan Am/Kecemasan) atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu bekerja) atau menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Manakala Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul pula boleh dihubungi menerusi talian +(90) 212 9891001/ 09 (Pertanyaan Am/Kecemasan) atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu bekerja) ataupun Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Semalam, satu gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter telah berlaku jam 4.08 pagi waktu tempatan di wilayah Duzce, barat daya Turkiye kira-kira 200km timur Istanbul.

Sehingga kini, mengikut laporan daripada pihak berkuasa tempatan, gempa bumi tersebut telah mengakibatkan 50 orang tercedera dan kerosakan infrastruktur yang teruk.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mereka yang terkesan dengan bencana tersebut begitu juga kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turkiye.


(FOTO TWITTER)

Media Baharu