fb fb fb fb fb

Tiada permit, 52 pekerja kilang warga asing ditahan

FOTO JIM JOHOR

JOHOR BAHRU, 10 Mei- Seramai 52 pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen Johor menerusi serbuan Ops Mahir yang dijalankan Rabu lalu, sekitar Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Pemangku Pengarah Imigresen, Mohd Faizal Shamsudin dalam kenyataan memaklumkan penahanan tersebut hasil serbuan ke atas dua premis kilang aluminium dan roti, selepas menerima maklumat kehadiran pekerja asing tanpa permit dan tiada dokumen sah.

Mereka yang ditahan di kilang aluminium terdiri daripada warga Pakistan, sembilan Bangladesh, empat China dan tiga lagi, Myanmar berumur antara 20 hingga 46 tahun.

Turut ditahan wanita tempatan yang juga pengurus kilang berusia 43 tahun.

Manakala serbuan di kilang roti, 14 lelaki dan sembilan wanita warga Myanmar, dua lelaki Pakistan dan seorang lelaki Nepal, ditahan.

Semua mereka berumur antara 21 hingga 42 tahun.

Pengarah syarikat, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun juga ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit sah serta tinggal lebih masa.

Kes turut disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas ditetapkan.

Semua yang ditahan ditempatkan di Depot Imigrsen Setia Tropika Johor Bahru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE