fb fb fb fb fb

Tiada kompromi pegawai lakukan kekerasan terhadap tahanan - JIM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pegawainya.

Ketua Pengarah JIM Datuk Zakaria Shaaban dalam satu kenyataan berkata, jabatan itu sentiasa mematuhi ketetapan standard piawaian antarabangsa seperti Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi layanan terhadap Tahanan (Peraturan Nelson Mandela) dan Jawatan Kuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) - Penjagaan Kesihatan Dalam Tahanan, dalam pengurusan depotnya.

""Merujuk kepada kenyataan media oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenai insiden tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) Perak pada 1 Februari lepas, JIM mengambil maklum dan memandang serius terhadap penemuan hasil siasatan berkenaan," katanya.

Bagaimanapun jabatan berkenaan juga mempunyai Peraturan-Peraturan Imigresen (Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen) 2003 dan Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Mengenai Pentadbiran dan Pengurusan Depot Imigresen yang perlu dipatuhi.

JIM akan mengambil tindakan keras terhadap pegawai terbabit berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terdapat unsur kekerasan dan penderaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI