fb fb fb fb fb

Tiada kenaikan tol: Syarikat konsesi beri kerjasama demi rakyat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Julai - Syarikat konsensi lebuh raya yang bersetuju menangguhkan kenaikan harga tol dilihat memahami objektif utama kerajaan bagi pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, rata-rata syarikat memberi kerjasama dengan baik demi membantu meringankan beban rakyat.

"Meraka faham mengapa kerajaan berbuat demikian, untuk meringankan beban pengguna jalan raya. Ini merupakan satu perkara yang diperlukan untuk membantu pengguna jalan raya terutama golongan B40 dan semua rakyat," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Program Blackspot, di ibu negara.

Tambahnya, kerajaan amat menghargai kerjasama semua pihak yang terlibat meskipun keputusan itu memberi kesan kepada aliran tunai syarikat.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan penangguhan kenaikan tol supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama.

Ia melibatkan 10 tol antaranya Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN