fb fb fb fb fb

Tiada kemelut lantikan jawatan dalam JPKK di Selangor

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA

BANGI, 24 Januari- Tiada sebarang kemelut berhubung lantikan 373 jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Selangor.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini memandangkan tawaran bagi jawatan itu adalah tertakluk kepada kuasa kementeriannya yang bukan diputuskan oleh kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO menjelaskan, perbincangan juga sudah dibuat di peringkat kepemimpinan tertinggi pusat parti dan negeri.

"Tidak ada kemelut sebenarnya, perbincangan diadakan oleh Datuk Megat Zulkarnain dengan Menteri Besar Selangor sendiri. Saya juga adakan perbincangan dengan Perdana Menteri. Perkara ini pasti akan dapat diselesaikan dengan waktu yang sesingkat mungkin", katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sini.

Sebelum ini, UMNO Selangor mengumumkan keputusan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu kepada sekutunya, Pakatan Harapan (PH), sebaliknya, UMNO Selangor mahu jawatan JPKK di negeri itu.

ROSLINA BINTI DIN