fb fb fb fb fb

Tiada aduan masalah bekalan air setakat ini di Keningau - ADUN Bingkor

Keadaan Sungai Bayayo di Kampung Bandukan - Bunsit semakin cetek/Foto Facebook About Keningau

KENINGAU, 12 April - Tiada aduan berkaitan masalah bekalan air bersih diterima semasa sambutan hari raya Aidilfitri di Keningau, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.

Robert berkata meskipun Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Keningau telah mengeluarkan pemakluman awal bahawa Loji Air Bunsit dan Bingkor bakal menghadapi tekan air rendah sekiranya tiada hujan dalam tempoh seminggu ini.

"Mengikut laporan, Sungai Bayayo semakin cetek jadi kita berharap agar hujan akan turun seperti mana yg kita alami baru-baru ini.

"Sebelum ini, dua hari hujan tetapi kembali kemarau. Mudah-mudahan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Datuk Robert yang juga ADUN Bingkor berkata demikian kepada RTM ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Baginda, Keningau hari ini.

Menurutnya, ahli Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Keningau juga telah mengambil inisiatif bertugas secara bergilir-gilir semasa perayaan ini untuk membuat penghantaran bekalan air bersih menggunakan lori sekiranya terdapat mana-mana kampung yang berdepan masalah bekalan air.

GRACE AISYAH KEDAYAN