fb fb fb fb fb

Tiada aduan makan secara terbuka diterima JAINJ setakat ini

(FOTO RTM)

KULAI, 6 April-Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menerima sebarang aduan atau laporan melibatkan perbuatan makan dan minum di kawasan terbuka, sepanjang 15 hari Ramadan

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ giat menjalankan operasi di setiap premis makanan bagi memastikan pematuhan umat Islam terjaga, selain mengadakan operasi pada waktu malam bagi mengelakkan sebarang aktiviti maksiat, mencemari kesucian Bulan Ramadhan.

"Alhamdulilah, kita sangat berpuas hati, rata – rata semua pihak menghormati bulan Ramadan, dan ketika ini kita mengesahkan tidak ada lagi sebarang tangkapan kepada mana – mana orang yang melakukan kesalahan, terutama makan di khalayak ramai", katanya selepas menghadiri Majlis Agihan Bubur Lambuk di Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Dalam pada itu, Fared turut memberitahu Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ), bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) komited meringankan beban mahasiswa pada bulan ramadhan, menerusi sumbangan Tabung Amanah KPYPJ, berjumlah RM20,500

Sumbangan disalurkan kepada 47 pelajar daripada golongan B40, manakala 16 pelajar terkesan banjir, menerima bantuan makanan dan wang.

KPYPJ turut menerima sumbangan zakat RM10,000 daripada bank Islam.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Agihan Bubur Lambuk di Kolej Yayasan Pelajaran Johor.


(Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid/FOTO RTM)

Media Baharu