fb fb fb fb fb

Tiada aduan berkaitan kenaikan harga ikan di Negeri Sembilan

TAMPIN, 12 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan tidak menerima sebarang aduan berkaitan kenaikan harga ikan di negeri itu.

Exco Kesihatan Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, hasil pemantauan anggota penguatkuasa KPDN mendapati tiada kenaikan terhadap harga ikan dan bekalan ikan di negeri itu masih stabil.

"Tiada sebarang isu di Negeri Sembilan harga pun memang stabil sekiranya ada sebarang aduan, kita akan ambil tindakan kita ada pegawai penguat kuasa yang ada di lapangan sentiasa memantau keadaan harga di setiap tempat yang ada pengunjungan pengguna," kata S Veerapan ketika ditemui media pada Kempen Jualan Rahmah bersama ECONSAVE Peringkat Negeri Sembilan di sini.

(FOTO FAIL)

Terdahulu media melaporkan Timbalan Presiden Persatuan Pembekal Ikan Malaysia Tai Wai Sun yang menyatakan harga ikan dijangka meningkat dalam waktu terdekat ekoran pengurangan subsidi diesel pada awal tahun ini.

Jelasnya, bermula 1 Januari lalu, subsidi diesel telah dikurangkan daripada 20,000 menjadi 17,000 liter bagi bot kelas C, manakala subsidi bot kelas B dikurangkan menjadi 12,000 berbanding 15,000 liter.

Media Baharu