fb fb fb fb fb

Tetapkan syarat guna peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang - Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan

GURUN, 6 Julai- Kerajaan Perpaduan perlu menetapkan syarat penggunaan sekiranya memberi peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini, beliau antara wakil rakyat dikenakan syarat-syarat tertentu berhubung peruntukan yang diberikan.

Beliau juga berpandangan agar ahli Parlimen pembangkang perlu dikenakan syarat sama.

"...ketika saya jadi pembangkang saya hanya dapat RM100,000 dan tidak boleh digunakan untuk pusat khidmat.

"Jadi kalau kerajaan nak bagi saya kira-kira RM100,000 cukuplah tak boleh digunakan untuk pusat khidmat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerai 2024 di Dewan Lestari Guar Chempedak di sini.

Jumaat lalu, media melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu, peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada ahli parlimen bukan diberikan secara khusus kepada wakil rakyat terbabit.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah untuk pembangunan infrastruktur dan sosial kawasan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI