TerraBox percepat urusan tanah di Wilayah Persekutuan

Ketua Unit Komunikasi Korporat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Muhammad Zulhasni Munir/RTM

KUALA LUMPUR, 1 Februari – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) memperkenalkan sistem digital, TerraBox bagi memudahkan urusan tanah, yang dijangka digunakan sepenuhnya menjelang Mac ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • TerraBox diperkenalkan untuk memudahkan urusan tanah di Wilayah Persekutuan, beroperasi sepenuhnya menjelang Mac.
  • Sistem membenarkan pendaftaran dalam talian dan penghantaran borang ke mesin untuk pemprosesan serta pengambilan dokumen seperti loker.
  • Latihan pengguna serta bahan panduan dalam talian disediakan untuk memastikan kelancaran penggunaan dan pemasangan mesin bermula bulan ini.
  • Cadangan penggunaan biometrik di firma guaman dihubungkan dengan pangkalan data JPN untuk sahkan identiti dan kurangkan penipuan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Muhammad Zulhasni Munir, berkata TerraBox berfungsi seperti mesin ATM bagi urusan berkaitan tanah, khususnya proses pindah milik dan membolehkan permohonan dibuat secara dalam talian sebelum dokumen fizikal didepositkan ke dalam mesin berkenaan.

“Pengguna hanya perlu mendaftar urusan secara dalam talian, kemudian menghantar borang ke mesin TerraBox.

“Setelah selesai diproses, notifikasi akan diterima dan dokumen boleh diambil melalui kotak simpanan seperti loker bungkusan. Jika hantar hari ini, insya-Allah esok sudah boleh ambil,” katanya demikian selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, hari ini.

Jelas beliau, pelaksanaan sistem itu turut disertai sesi latihan kepada pengguna serta penyediaan bahan panduan seperti video dan infografik secara dalam talian bagi memastikan kelancaran penggunaannya.

Tambahnya, beberapa sesi ujian telah dijalankan sebelum ini dan pemasangan mesin TerraBox akan bermula pada bulan ini.

Sementara itu, PTGWP turut mencadangkan penggunaan sistem biometrik di firma guaman bagi tujuan pengesahan identiti pemilik tanah serta peguam yang mengendalikan urusan berkaitan.

Jelas beliau, sistem tersebut akan dihubungkan dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan ketulenan identiti serta mengurangkan risiko penipuan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan