fb fb fb fb fb

Ternak BSF atasi kebergantungan bahan import makanan haiwan ternakan

MUAR, 28 Mac - Penghasilan makanan ternakan menggunakan teknologi penternakan larva 'black soldier fly' (BSF), akan menjadi batu loncatan bagi mengatasi kebergantungan bahan import makanan haiwan ternakan dalam negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pendekatan tersebut juga dapat mengawal harga pasaran daging dan menjamin keselamatan makanan.

Penternakan larva tersebut juga mampu menjana pendapatan komuniti setempat seperti di Muar Selatan dan Batu Pahat.

(Datuk Seri Dr Adham Baba melancarkan Program Bioremediasi Keluarga Malaysia)

Bagi tujuan tersebut, usaha penyelidikan sedang giat dijalankan oleh Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) bagi memperluas pembangunan formulasi makanan ternakan itu.

"Jadi usaha kerajaan pada hari ini, untuk melihat bagaimana penduduk di kawasan ini, yang boleh menternak 'black soldier fly' ini, bermanfaat dan boleh menambah sumber pendapatan mereka, secara berstruktur", katanya selepas melancarkan Program Bioremediasi Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Proses Bioremediasi menggunakan larva BSF, untuk proses pengkomposan sisa domestik dan agro industri, menjadi makanan haiwan ternakan dan baja organik berkualiti.

Pendekatan tersebut mampu mengurangkan beban dan kos penternak, di samping mengurangkan masalah pengurusan sisa domestik di kawasan sekitarnya.

Program tersebut juga dapat memberi pendedahan dan latihan kepada penduduk setempat, berkenaan kaedah penternakan larva.

Media Baharu