fb fb fb fb fb

Terengganu sasar tingkat hasil padi menerusi tanaman dua kali setahun

KUALA NERUS, 30 Januari - Terengganu akan memperluas dan meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan tanaman dua kali setahun bagi daerah Kuala Nerus bermula tahun ini. 

Ke arah mencapai hasrat itu, sistem pengairan juga akan ditingkatkan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pengarah Pertanian negeri, Datuk Zulkepli Amin Yusof berkata perbincangan dengan agensi terlibat akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sekurang-kurangnya 10 hektar akan dibangunkan dengan penanaman dua kali setahun melibatkan 10 peserta Kuala Nerus.

Usaha ini bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi setiap hektar sawah supaya kadar kecukupan sara diri penduduk dapat ditingkatkan.

"Untuk meningkatkan beras negeri, kita telah rancang untuk buat padi sekali setahun ini, kita buat dua kali setahun, iaitu di projek padi di Minda di Dungun, Paya Paman di Kemaman dan beberapa kawasan luas jelapang di daerah Setiu dan Besut," kata Zulkepli Amin di sini.

(Zulkepli Amin bercakap kepada pemberita RTM
selepas Program Hala Tuju Sektor Pertanian
negeri Terengganu, di sini, semalam)

Media Baharu