fb fb fb fb fb

Terengganu mulakan sesi persekolahan dengan al-Quran dan terjemahan

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong/ Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos-Bermula tahun ini, semua sekolah rendah dan menengah di Terengganu akan memulakan setiap sesi persekolahan dengan bacaan al-Quran dan terjemahan selama 15 minit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata proses itu akan diketuai murid dan pelajar dengan bimbingan dua guru bagi setiap kelas.

"Sebelum Pengajaran dan Pembelajaran)PdP berlangsung, semua warga guru dan murid dikehendaki membaca al Quran dan juga tafsiran dalam tempoh 15 minit.

"Insya-Allah satu helai ayat sehari dan kita di sini memang salah satu KPI kepada Pengarah Pendidikan Terengganu apabila anak anak kita di sekolah rendah tamat di sekolah rendah. Kita harapkan boleh khatam al- quran", katanya demikian pada Program Pelancaran al-Quran Di Hati peringkat negeri yang disempurnakan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Sekolah Kebangsaan (SK) Serada di sini, hari ini.

Jelas Jelani, Program yang diberi nama Program Al-Quran Di Hati itu bakal melibatkan penyertaan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di 352 buah sekolah rendah dan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga di 154 sekolah menengah.

Dalam pada itu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan program berkenaan di sini.

Keberangkatan tiba Yang Dipertuan Muda Terengganu disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri JPNT Jelani Sulong.

Dalam lawatan itu, Tengku Muhamad Ismail turut berkenan meninjau sesi kelas al-Quran di sekolah berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD