fb fb fb fb fb

Terengganu lokasi kelima siri jelajah integriti RTM

Sebelum ini siri jelajah diadakan di Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.  

KUALA TERENGGANU, 6 Jun- Memperluas dan mempertingkatkan mesej berkaitan integriti kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Penyiaran Terengganu.
 
Itu antara tujuan penganjuran Siri Jelajah Khas Unit Integriti Jabatan Penyiaran Malaysia.

Menurut Ketua Unit Integriti Jabatan Penyiaran Malaysia, Azura Mohd Yusof, Terengganu menjadi lokasi kelima dalam siri jelajah yang julung kali diadakan itu.
 
Sebelum ini siri jelajah diadakan di Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.
 
"Penganjurannya antara lain bagi membantu jabatan mengatasi masalah dan kelemahan sistem pentadbiran sedia ada yang boleh membuka ruang kepada amalan tidak sihat antaranya penyelewengan atau rasuah," katanya kepada pemberita di sini.
 
Kelantan menjadi lokasi seterusnya dalam siri jelajah integriti RTM.
 
Penerangan turut disampaikan pegawai SPRM Terengganu, Mohd Redhwan Hussain dan Pegawai INTAN Wilayah Timur, Firdaus Ramli.
 
Pada majlis sama turut diadakan lafaz ikrar bebas rasuah kakitangan terlibat.
 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM