fb fb fb fb fb

Terengganu jadi negeri ketiga tertinggi daftar PADU

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 31 Mac- Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di Terengganu disasar mencecah 60 peratus menjelang tengah malam ini.

Sehingga semalam, ia mencecah 57.6 peratus, sekali gus merekodkan Terengganu negeri ketiga tertinggi peratus pendaftaran PADU di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri, Marlini Sahul Hamid, daerah Kuala Terengganu mencatatkan bilangan pendaftar tertinggi iaitu 119,220 diikuti Besut dan Kemaman.

Sejak dilancarkan Januari lalu, lebih 1,200 kaunter fizikal PADU dibuka di seluruh negeri itu.

"Sehingga kini, 385 program komuniti diadakan serta pembukaan kaunter fizikal selain kaunter bergerak di 319 masjid dan surau terpilih.

"Turut dibuka, kaunter bergerak di tiga perkampungan orang asli dan kesemua gugusan FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) di negeri ini.

"Jadi jangan bimbang keselamatan dalam sistem PADU ini meliputi keselamatan data keselamatan rangkaian dan keselamatan sistem itu sendiri," katanya selepas meninjau proses pendaftaran dan pengemaskinian PADU di kaunter UTC di sini.

Tambahnya, orang ramai masih berpeluang berbuat demikian sebelum tarikh tutup semak dan kemas kini PADU sehingga pukul 12.00 tengah malam ini.

"Ada isi online (dalam talian) tapi tidak menjadi. Akak datang sini, minta tolong orang di sini. Semalam telah daftar, cuma ada minta maklumat lengkap anak, jadi hari ini sambung balik isi PADU," kata pengunjung UTC , Wah Kah Lee.

"Pak cik dengar kawan-kawan. Mari sini daftar, pak cik tidak tahu apa-apa. Pak cik harap ada rezeki ke, bantuan ke masuk," kata pengunjung UTC, Wahab Salleh.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM