PETALING JAYA, 13 Disember - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan menyempurnakan perasmian rumah Kanwork yang diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk pesakit kanser .
Baginda yang juga penaung Diraja KanWork turut berkenan melancarkan buku terbaru terbitan kanwork berjudul "Dari Dapur Kanwork"
Dalam ucapannya,Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah mengenai penubuhan rumah KanWork yang dilihat mampu meningkatkan kesedaran dalam masyarakat berkaitan penyakit kanser.
"Sebagai Penaung KanWork, saya amat mengagumi usaha dan pencapaian KanWork selama ini dalam memberi sokongan, menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran kanser dalam kalangan masyarakat.
"Justeru saya berharap KanWork dapat memanfaatkan rumah ini dengan sebaik mungkin untuk memberi sokongan dalam proses penyembuhan pesakit kanser", titahnya ketika majlis perasmian Rumah KanWork di sini.
Baginda kemudiannya berkenan menerima cek bernilai RM 50,000 masing-masing disumbangkan oleh Perbadanan Wakaf Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia dan Unit penyelarasan pelaksanaan jabatan Perdana Menteri ICU yang akan dimanfaatkan untuk pelaksanaan aktiviti persatuan.