fb fb fb fb fb

Tengku Hassanal cemar duli, lawat Stesen Pelbagai Bahan Bakar Petros Darul Hana

Foto RTM

KUCHING, 18 Januari- Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat Stesen Pelbagai Bahan Bakar Petros Darul Hana, pagi tadi.

Tengku Hassanal tiba di stesen berkenaan menaiki bas hidrogen dari Menara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), kira-kira pukul 10.45 pagi dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Sendirian Berhad, Robert Hardin.

Kemudian, Tengku Hassanal berkenan mendengar taklimat mengenai operasi di stesen berkenaan yang disampaikan oleh Robert Hardin, serta melawat beberapa fasiliti termasuk pam hidrogen dan pam pengecas kenderaan elektrik.

Lawatan diakhiri dengan penyerahan cenderamata kepada Tengku Hassanal sebelum berangkat kira-kira pukul 11.10 pagi untuk lawatan ke lokasi-lokasi lain di Kuching.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM