fb fb fb fb fb

Tengku Hassanal berkenan melawat PPS SK Fakeh Abdul Samad

Tengku Hassanal berkenan menyampaikan sumbangan banjir kepada penduduk di PPS SK Fakeh Abdul Samad, hari ini

KUANTAN, 28 Disember- Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat melawat penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad di sini.

Dalam lawatan itu, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM300 kepada setiap 26 Ketua Isi Rumah (KIR) yang ditempatkan di PPS terbabit.

Baginda juga berkenan meluangkan masa sekitar 30 minit menyantuni mereka di PPS tersebut.

PPS SK Fakeh Abdul Samad mula dibuka pada lewat petang Selasa lalu ekoran air Sungai Belat melimpah ke kawasan kampung dan perumahan berhampiran.

Kampung Gudang Rasau antara penempatan penduduk yang terkesan dengan banjir berkenaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA