fb fb fb fb fb

Tengku Ampuan Pahang sampaikan sumbangan zakat kepada 33 pelajar asnaf UIAM

Foto RTM

KUANTAN, 10 Mac-Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung di Dewan Utama UIAM Kampus Kuantan di sini.

Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM turut berkenan mengurniakan sumbangan duit raya kepada 33 pelajar asnaf di UIAM Kampus Kuantan

Sumbangan zakat yang disalurkan melalui Tabung Endowmen UIAM itu sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar.

Keberangkatan Tengku Ampuan Pahang mencerminkan kepedulian Baginda dalam memperkasa pendidikan dan kebajikan mahasiswa, sejajar dengan nilai-nilai yang diterapkan dalam sistem pendidikan Islam.

Majlis tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kepimpinan universiti dan pelajar, malah menjadi platform untuk menerapkan semangat kesyukuran, kebersamaan, dan ukhuwah dalam kalangan warga UIAM. 

Pada majlis itu, Baginda turut diiringi anakanda-anakanda baginda serta Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD