KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kerajaan komited meneliti potensi tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi peralihan tenaga negara.
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah, ini selaras usaha mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil sekali gus mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
Turut dipertimbangkan, pelaksanaan teknologi "mothballing", "co-firing" serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui (REE).
"Kerajaan komited meneroka kaedah terbaik untuk memastikan sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan.
Ini termasuk pelaksanaan teknologi "mothballing", "co-firing" serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, teknologi nuklear juga sedang dikaji sebagai sumber penjanaan elektrik negara," kata Akmal di Dewan Negara, hari ini.
Penjelasan itu bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew.