KUALA LUMPUR, 24 Mac- Empat strategi utama digunakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memperkasa pembangunan tenaga solar, angin dan hidro dalam negara beralih kepada tenaga boleh diperbaharui.
Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata langkah-langkah tersebut termasuk pembangunan loji jana kuasa solar berskala besar.
"Kedua, menggalakkan pemasangan sistem solar di bumbung bangunan melalui program kita panggil net energy metering ataupun NEM dan juga solar for Self-Consumption ataupun SELCO.
"Ketiga melaksanakan pembangunan loji jana kuasa TBB yang dibiayai secara langsung oleh pengguna elektrik hijau melalui skim yang kita panggil Corporate Renewable Energy Supply Scheme ataupun CRESS," katanya.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Senator, Roderick Wong Siew Lead di Dewan Negara di sini hari ini.
Pelaksanaan inisiatif tersebut akan menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga negara termasuk mencapai sasaran 31 peratus tenaga boleh baharu dalam pembekalan elektrik 2025.